INFAQ KOS OPERASI MAAHAD
Ingat! berapa ramai yang rasa dia hidup pada esok, tapi telah pergi tanpa bersedia.
AYUH KONGSI REZEKI SEKARANG AGAR PARA PELAJAR DI MAAHAD INI DAPAT TERUS MENUNTUT ILMU!
Bayangkan…
Para pelajar di sini sangat bersemangat untuk menuntut ilmu dan menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
Namun, Impian para pelajar di Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ) untuk menghafaz Al-Quran sepenuhnya AKAN TERGUGAT kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak maahad.

Untuk makluman Tuan Puan, MTSQ pada awalnya beroperasi hanya di sebuah kediaman yang diberi izin oleh pemiliknya untuk kami gunakan sebagai tempat pengajian.
Disebabkan bilangan pelajar semakin bertambah, kami kini memiliki 7 buah premis yang mana 5 daripadanya kami menyewa secara bulanan.
Secara tidak langsung, kos operasi bulanan kami bertambah dan kami terpaksa menanggung perbelanjaan yang BESAR setiap bulan.
Anggaran jumlah yang diperlukan untuk menampung KOS OPERASI ini adalah sebanyak RM32,000 setiap bulan.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua bersama-sama berkongsi rezeki untuk memastikan kelangsungan operasi Maahad Tahfiz Sirajul Quran.
KENALI KAMI

- Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ) merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menfokuskan kepada pengajian tahfiz Al-Quran, pendidikan akhlak Islamiah dan akademik.
- Kini MTSQ mempunyai seramai 65 orang pelajar, 14 orang tenaga pengajar dan 8 orang staf.
- Terletak di No. 16, Lorong Lampam, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
- Maahad ini ditubuhkan pada 1 Ogos 2011 atas inisiatif arwah Ustaz Zul bin Sudin demi menyediakan pusat pengajian Al-Quran di kawasan Seberang Jaya.
- Kini maahad ini berada di bawah kelolaan Ustazah Rafidah dan Ustazah Nurezura.
- Matlamat utama penubuhan MTSQ adalah untuk melahirkan huffaz, pendakwah, pendidik dan pemimpin yang berakhlak mulia serta berilmu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
KENAPA BANTUAN ANDA AMAT PENTING UNTUK KAMI?
- Sumbangan anda memastikan bekalan makanan yang mencukupi agar para pelajar dapat menumpukan sepenuh tumpuan dalam sesi pembelajaran.
- Membolehkan bayaran sewa premis dapat dijelaskan tepat pada waktunya.
- Boleh membantu mengelakkan bil-bil utiliti tertunggak yang boleh menyebabkan gangguan bekalan dan memastikan kelancaran operasi harian maahad.
- Boleh membantu menyelesaikan isu gaji tertunggak untuk guru-guru yang berusaha keras mendidik pelajar.
- Bantuan anda menyokong perkembangan maahad dan mencapai matlamat mulia untuk melahirkan huffaz, pendakwah dan pendidik yang berakhlak mulia.

Antara Aktiviti dan Program Pelajar Maahad Tahfiz Sirajul Quran

Para Pelajar Memenuhi Jemputan dan Mengikuti Program Luar

Sesi hafazan dan pembelajaran agama
Oleh itu, amat penting untuk kita memberi sumbangan dan sokongan kepada MTSQ.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu mengatasi cabaran kewangan semasa, tetapi turut menyokong usaha murni untuk memperkasakan pendidikan Islam di peringkat akar umbi.
TUAN PUAN, SUMBANGAN ANDA MAMPU MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PENDIDIKAN PELAJAR DI SINI
Ia adalah pelaburan besar buat masa depan ummah kerana setiap ringgit yang disumbangkan memberi impak berpanjangan dalam melestarikan ilmu Al-Quran dan menggilap insan soleh penerus legasi keilmuan Islam.
"Barangsiapa memudahkan urusan orang yang sedang di dalam kesusahan, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."
(HR.MUSLIM)
Maka jangan lepaskan peluang untuk beramal jariah dan meraih berkat dan doa pelajar yang menuntut ilmu secara berterusan dengan menyumbang kepada MTSQ.
Pemberitahuan:
**Jika ada lebihan sumbangan, akan digunakan untuk keperluan lain seperti penambahbaikan premis pembelajaran.